Tuesday, 21 February 2012

dicintai dan mencintai...

Lelaki yang HANDSOME adalah lelaki yang menghormati wanita sama seperti dia menghormati ibunya.
Sayang tidak boleh di paksa. Sayang datang tanpa perlu bermohon dan sayang akan ghaib walau sehebat mana seruan anda.
Aku berikan yang terbaik untuk dia yang bukan milikku dan aku mulai belajar meninggalkan dia untuk tetap tersenyum bersamanya.
Cinta dan kasih sayang adalah jiwa yang tak dapat di pisahkan. Cinta yang datang dari ketulusan hati kan menjadi sejati. Cinta bukanlah apa yang kamu lihat tapi apa yang kau rasakan
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
kata-kata cinta
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

No comments:

Post a Comment