Thursday, 23 February 2012

Jangan Putus Cinta! Ikhlas.. Sabar..


Mengapa anda perlu putuskan hubungan cinta dengan si dia jika masing- masing masih lagi saling memerlukan!?
“Anda miliki alasan anda sendiri, si dia juga miliki alasan sendiri…”
Lumrah kehidupan sememangnya menjanjikan sesuatu yang diluar jangkaan kita. Kadang- kadang anda dan si dia “OK” dan sometimes “KO”. Setiap pasangan akan lalui detik- detik manis dan pahit masing- masing. Apa yang penting adalah di setiap perhubungan cinta mestilah ikhlas dan sabar.. Saya tegaskan disini, “Ikhlas dan sabar”.
Sebenarnya hubungan cinta anda masih lagi boleh diselamatkan..Hubungan cinta dibina untuk kebahagian.. Maka mengapa harus putus jika masih boleh diselamatkan..
Tiada hubungan cinta yang tidak dapat diselamatkan melainkan tidak wujud keikhlasan dan kesabaran di dalam hubungan tersebut. Hari ini musnahnya sesebuah perhubungan kerana tiada keikhlasan.. Hari ini hancurnya sesebuah hubungan kerana tiada kesabaran..Kedua- dua anda perlu ikhlas dan sabar.. Jika salah seorang daripada anda sahaja yang ikhlas dan sabar maka lebih baik putus! “Both of you are not meant to be”. Mungkin anda sahaja yang ikhlas dan sabar di dalam perhubungan cinta. Usah risau, selagi ada kemampuan cari saja pengganti.. Biar hilang kekasih tetapi jangan hilang Cinta!
Jika keikhlasan dan kesabaran anda yakin sudah ada di dalam perhubungan cinta dengan pasangan anda, jadi mengapa perlu putus! Renungkan…
Salam Cinta dan Kejayaan,

No comments:

Post a Comment